Maqis rampas 20 tan susu protein dari Amerika

 Maqis rampas 20 tan susu protein dari Amerika

PASIR GUDANG, 18 Jun — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menggagalkan cubaan membawa masuk 20 tan metrik susu protein dari Amerika di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini kelmarin.

Maqis Johor menggagalkan cubaan membawa masuk susu protein dari Amerika di Pelabuhan Pasir Gudang, Pasir Gudang, kelmarin. Foto WMY/Nurman Nasyriq

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, kejayaan itu selepas pihaknya menahan sebuah kontena yang membawa ‘deproteinized whey’ atau susu protein semasa pemeriksaan jam 3.30 petang.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati nombor ‘establishment‘ dinyatakan dalam Sijil Kesihatan Veterinar yang dikemukakan disyaki tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Maqis.

“Kesemua konsainan berkenaan dengan berat kira-kira 20,000 kilogram yang bernilai RM65,615.80 telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian dengan memberikan permit, lesen, perakuan atau dokumen lain yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus diperkasakan lagi di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

27  −  24  =