Maqis Johor tahan kontena berisi susu tepung skim dari AS

 Maqis Johor tahan kontena berisi susu tepung skim dari AS

MAQIS Johor menahan sebuah kontena membawa masuk susu tepung skim dari Amerika Syarikat di Pelabuhan Pasir Gudang, semalam.

PASIR GUDANG, 13 Jul — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menahan sebuah kontena mengandungi susu tepung skim bernilai RM304,583.50 di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini semalam.

Produk susu seberat 24,925 kilogram yang dibawa masuk dari Amerika Syarikat (AS) itu ditemukan dalam pemeriksaan terhadap kontena berkenaan pada jam 12 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati nombor yang dinyatakan di dalam sijil kesihatan yang diikrar serta pada label bungkusan adalah berbeza.

“Sehubungan itu, kesemua 997 beg susu tepung skim yang bernilai RM304,583.50 itu ditahan untuk tindakan lanjut,” demikian Maqis Johor dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak lebih RM75,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Maqis Johor turut menasihati semua pengimport dan pengeksport supaya mengikut peraturan ditetapkan kerajaan bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan Malaysia terpelihara.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  75  =  77