Maqis Johor rampas daging khinzir sejuk beku bernilai RM111,626

 Maqis Johor rampas daging khinzir sejuk beku bernilai RM111,626

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun – Sebuah kontena berisi ‘frozen pork back fat’ seberat 21,190 kilogram (kg) ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini, kelmarin.

Maqis Johor merampas ‘frozen pork back fat’ bernilai RM111,626.41 dari Belgium, kelmarin.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, barangan berkenaan ditahan pihaknya atas kesalahan melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

Menurutnya, ‘frozen pork back fat’ bernilai RM111,626.41 itu dibawa masuk dari Belgium.

“Ketika pegawai penguat kuasa melakukan pemeriksaan rutin pada jam 10.15 pagi, mereka mendapati sebuah kontena membawa ‘frozen pork back fat’ dari Belgium.

“Pemeriksaan lanjut mendapati alamat pengimport dalam permit dan borang K1 adalah berbeza dengan alamat pada Sijil Kesihatan Veterinar yang telah diikrarkan. Kesemua barangan berkenaan dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak lebih RM75,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau turut menasihati semua pengimport dan pengeksport supaya mengikut peraturan ditetapkan kerajaan bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan negara terpelihara.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16  −    =  6