Mangsa terharu KWP bantu Pahang

 Mangsa terharu KWP bantu Pahang

Oleh Farhana Ab Rahman

BENTONG : Mangsa bencana banjir Taman Bukit Dinding, Bentong terharu menerima kunjungan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim yang sanggup datang jauh membantu biarpun di luar Wilayah Persekutuan.

Asmadi Hairi meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Shahidan yang turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa di kawasan ini.

Asmadi Hairi bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan

“Alhamdulillah…setakat ini ramai yang menghulurkan bantuan. Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Seri Shahidan datang dari jauh datang memberikan bantuan kepada kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk di kawasan sama, Muhammad Saifuddin Razali berkata, ketika ini mereka sedang sibuk hendak membersihkan rumah dan kawasan perumahan yang terkesan akibat banjir.

Saifuddin Razali menjelaskan fokus kini untuk membersihkan kawasan rumah yang terkesan akibat banjir

“Sebelum ini kami ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), jadi baru berpeluang lihat keadaan rumah.

“Walaupun kami berada di negeri Pahang, namun Datuk Seri sanggup susah payah turun padang membantu kami yang terkesan akibat banjir,” ujarnya.

Shahidan bersama sukarelawan termasuk kakitangan di bawah agensi pimpinannya turut meneruskan misi pasca banjir di Hulu Langat bagi membersihkan sampah sarap dan pihaknya telah menambahkan bilangan anggota bagi mempercepatkan kerja-kerja tersebut.

Malah, Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di bawah pemantauan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan diteruskan sehingga operasi pasca banjir selesai sepenuhnya.

Beliau berkata, kakitangan KWP, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) antara agensi yang terlibat.

“Kita hadir di semua kawasan terjejas seperti Dengkil, Bukit Changgang, Bukit Kuda, Hulu Langat, Temerloh di atas keperluan dan permintaan daripada penduduk bagi menyelesaikan beberapa perkara,” katanya selepas taklimat operasi pasca banjir di Karak pada Rabu.

Isterinya, Datin Seri Shamsiah Md Yassin turut turun padang meninjau operasi Pasca Banjir yang dikawal selia oleh anggota DBKL di Hulu Langat dan Karak,Pahang.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

40  −  32  =