Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Mangsa lemas ketika memancing ditemui

Mayat mangsa dijumpai jam 11.55am tadi oleh Pihak Bomba dan Penyelamat Selangor. Sumber foto Bomba Selangor
RAWANG, 10 Jun — Mayat seorang lelaki dilaporkan mangsa lemas ketika memancing di Sungai Rasah di sini tiga hari lalu ditemui tengahari tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memberitahu anggota Bomba dan pegawai terlibat dalam operasi mencari menggunakan bot menyusuri sungai sepanjang 2km dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.
Mangsa ditemui terapung di tepi sungai oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan berjaya dibawa naik.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya hari ini.
Operasi mencari berakhir jam 12.23 tengahari setelah tiga hari dijalankan.
Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun yang beralamat di Taman Keruing, Selangor.
“Operasi melibatkan 36 anggota dari pelbagai agensi termasuk Bomba, PDRM, APM, Pejabat Daerah Hulu Selangor dan Sapura,” katanya.
Pada Rabu, Wacana.my melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Rasah.