Mangsa lemas di Sungai Balak ditemui

 Mangsa lemas di Sungai Balak ditemui

Mangsa lemas di Sungai Balak, Batang Kali di Hulu Selangor ditemukan jam 9.55 malam tadi. Foto – Bomba

KUALA LUMPUR, 23 sept — Mangsa lemas di Sungai Balak, Batang Kali di Hulu Selangor ditemukan kira-kira 50 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat Sunny Dell Ashraff Sa’ari, 23, dijumpai pasukan pencari pada kedalaman 2.4 meter (8 kaki) pada 9.55 malam tadi.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tujuan bedah siasat,” katanya.

Semalam, media melaporkan lelaki itu dilaporkan lemas ketika mandi-manda bersama empat rakannya di sungai berkenaan.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *