Manfaat potensi Johor, tarik lebih ramai pelabur – Hasni

 Manfaat potensi Johor, tarik lebih ramai pelabur – Hasni

Hasni menyempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pembangunan PerindusterianĀ Tropicana Industrial Park, Pekan Nanas, Pontian.

PONTIAN – Johor harus menggunakan sebaik-baiknya potensi yang ada termasuk kedudukannya yang strategik kerana berjiran dengan negara maju seperti Singapura.

Justeru, Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad mahu semua pihak bekerjasama dan terus berusaha dalam menjadikan Johor tetap menjadi destinasi pilihan para pelabur.

Menurutnya, dalam keadaan ekonomi kini, iklim pelaburan semakin kompetetif dan pelabur mempunyai banyak pilihan bagi menjaga kepentingan pelaburan syarikat masing-masing.

“Kita perlu terus menjadikan Johor ini sebagai negeri pilihan pelabur kerana kita merupakan negeri yang begitu unik dan strategik.

“Kita harus menggunakan ruang dan peluang sebagai negeri yang unik ini dengan berjiran negara maju dan jauh ke hadapan daripada kita. Tentulah kita tidak mahu jauh tertinggal ke belakang,” katanya semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perindusterian Tropicana Industrial Park, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil; Ketua Pegawai Eksekutif Tropicana Corporation Berhad, Lee Han Ming dan Pegawai Daerah Pontian, Mohd. Rafi Abdullah.

Hasni turut meminta agensi yang terlibat supaya memudahkan cara memproses dan prosedur pelabur yang ingin melabur di Johor.

“Mengekalkan yang sedia ada tidak cukup baik. Kita perlukan lebih banyak pelaburan datang ke negara kita.

“Maka itu, memudah cara juga merupakan salah satu kepentingan supaya dalam tata kelola kita menguruskan pelaburan itu perlulah kita mencari jalan supaya ia mesra kepada pelabur.

“Tata kelola yang kita perkenalkan itu membolehkan pelabur meningkatkan keyakinan kepada negara kita,” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  1  =  2