• Sunday, 20 June 2021, 9:20 am

Manchester United kalah final, Ole kempunan trofi

 Manchester United kalah final, Ole kempunan trofi

Pemain-pemain Villareal menjulung trofi kemenangan mereka menumpaskan Manchester United malam tadi. –Kredit foto Times of India

MANCHESTER United tewas kepada Villareal dalam penentuan penalti yang panjang, 10-11, selepas penjaga golnya David De Gea gagal menyempurnakan sepakan terakhir dalam perlawanan akhir Liga Eropah di Gdandsk, Poland.

Perlawanan awal pagi tadi terikat pada 1-1 selepas 120 minit berlangsung.

Villareal yang pertama kali menjulang kejuaraan Eropah, berada di depan melalui jaringan Gerard Moreno pada minit ke-29. Namun, United berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Edinson Cavani pada babak kedua perlawanan.

Akhirnya apabila penentuan penalti, Villareal berjaya mencatat kemenangan sekali gus menyaksikan pengendali Ole Gunnar Solksjaer kempunan trofi sejak menjadi pengurus United.

Pengendali Villareal, Unai Emery sebelum ini diketepikan kelab Arsenal pada November lalu selepas mencatat prestasi paling teruk kelab itu sejak 1992.

Beliau membantu Sevilla muncul juara Liga Europa tiga kali berturut-turut sejak 2014 hingga 2016. Emery berjaya mara ke perlawanan akhir Liga Europa musim lalu bersama Arsenal sebelum tumpas kepada Chelsea.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *