Malaysia tanpa 4 tonggak JDT

 Malaysia tanpa 4 tonggak JDT

Ketua Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe

KUALA LUMPUR, 18 Nov — Senarai 28 pemain yang di panggil ke kem latihan pusat untuk menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura bulan depan memperlihatkan ketiadaan 4 tonggak JDT , Farizal Marlias, Matt Davies dan La Vere Corbin Ong serta bintang muda sedang meningkat, Arif Aiman Hanapi.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menjelaskan tiga tonggak kebangsaan itu terpaksa ‘direhatkan’ selepas mengharungi saingan domestik yang panjang serta aksi di peringkat antarabangsa.

“Kita tahu kualiti mereka kerana mereka pun sudah lama bersama skuad kebangsaan. Mereka menghadapi musim agak panjang dan tiada rehat dengan Kelayakan Piala Dunia, Liga Juara-Juara Asia, Liga Super dan Piala Malaysia.

Berikut senarai nama pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 22 November 2021 bagi persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.

“Kita beri peluang kepada pemain lain supaya kita boleh dapatkan kelompok pemain untuk menghadapi pusingan Kelayakan Piala Asia nanti,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan senarai pemain ke Piala AFF Suzuki 2020 di Wisma FAM, hari ini.

Tan Cheng Hoe juga menyenaraikan semula penyerang prolifik dari Selangor iaitu Shahrel Fikri yang mengalami kecederaan retak tulang fibula (bahagian betis) pada Mei lalu.

Penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri

Penjaga gol skuad B-22 negara, Azri Ghani, pula enggan mensia-siakan amanah yang diberikan walaupun perlu berdepan saingan dua senior, Khairul Azhan Khalid dan Khairul Fahmi Che Mat.”Ini benar-benar rezeki buat saya. Saya tidak menjangkakannya kerana semua tahu situasi Perak.

“Saya tidak akan ambil peluang ini dengan sewenang-wenangnya. Saya harap pemain senior negara boleh beri 100 peratus kepercayaan kepada saya dan saling bekerjasama,” katanya.

Penjaga gol skuad B-22 negara, Azri Ghani

Tan Cheng Hoe juga menjawab keperluan Aidil Zafuan Abd. Radzak dipanggil lagi, katanya, “dia masih relevan walaupun selepas kelayakan, dia tidak banyak bermain (dengan JDT FC).

“Ketika menentang Jordan dan Uzbekistan (persahabatan di Amman), dia masih seorang pemimpin pasukan dan berprestasi terbaik. Pengalamannya perlu jadi contoh kepada pemain-pemain junior.”

Diharapkan skuad Malaysia kali ini menunjukkan prestasi yang positif dan membawa pulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2020 , yang kali terakhir Malaysia menjuarai pada tahun 2010.

Azlan Abdollah

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *