Malaysia rekod 12,366 kes positif baharu COVID-19

 Malaysia rekod 12,366 kes positif baharu COVID-19

KUALA LUMPUR, 20 Jul — Malaysia hari ini merekodkan 12,366 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan terkini sebanyak 939,899 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 5,524 kes diikuti dengan Kuala Lumpur dengan 1,580 kes.

Ia disusuli dengan Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701), Sabah (657), Pulau Pinang (460), Sarawak (351), Melaka (309), (25,835), Perak (295), Pahang (288), Terengganu (190), Kelantan (179), Putrajaya (50), Labuan (17) dan Perlis (2).

“Daripada 12,366 kes baharu, sebanyak 12,358 kes melibatkan kes tempatan manakala 10,002 kes melibatkan warganegara dan 2,356 bukan warganegara.

“Kes import pula sebanyak lapan kes, ia melibatkan dua warganegara dan enam bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter, hari ini.

Tambahnya, Malaysia merekodkan 7,567 kes sembuh dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 798,955 kes.

Di samping itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 924 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala kes yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 448.

“Sebanyak 93 kes kematian dicatatkan yang melibatkan 91 warganegara dan dua bukan warganegara.

“Kematian pada Selasa melibatkan 31 kes di Selangor, Johor (16), Melaka (sembilan), Kedah (lapan), Pahang (tujuh), Pulau Pinang (lima), Negeri Sembilan (lima), Perak (lima), Kuala Lumpur (dua), Sabah (dua), Sarawak (dua) dan satu kes di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 133,703 kes aktif dan 18 kluster baharu dicatatkan.

“Jumlah kluster yang telah tamat 2,379 dan jumlah yang aktif 920 kluster,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *