Malaysia perlu rombak dasar buruh susulan dakwaan AS – Abdul Wahid

 Malaysia perlu rombak dasar buruh susulan dakwaan AS – Abdul Wahid

Tan Sri Abdul Wahid Omar

KUALA LUMPUR, 10 Sept –Malaysia perlu merombak dasar buruh bagi menangani perkara berkaitan pekerja asing yang perlu diberi perhatian segera berikutan dakwaan amalan penggajian salah terhadap syarikat pengeluar minyak sawit dan pembuat sarung tangan getah.

Memetik laporan DagangNews.com, Pengerusi majlis penasihat Kelab Ekonomi Kuala Lumpur, (ECKL), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, tindakan segera perlu dilakukan kerana ia berkaitan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) di mana banyak perniagaan global akan mengenepikan syarikat yang dituduh terlibat dalam buruh paksa dan perhambaan moden dalam rantaian pembekalan.

“Jika ini merebak ke sektor elektrik dan elektronik, kerosakan (ke atas ekonomi Malaysia) amat buruk,’’ kata Abdul Wahid yang juga pengerusi Bursa Malaysia Bhd.

Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara dengan tema ‘Winning the War against COVID – The Road to Recovery’ anjuran KSI Strategic Institute for Asia Pacific secara maya hari ini.

Abdul Wahid berkata, dakwaan buruh paksa ke atas syarikat pengeluar minyak sawit dan pembuat sarung tangan getah, berkait dengan isu pekerja asing yang direkrut oleh agensi pekerjaan di negara asal mereka.

Dalam konteks ini beliau berkata, kerajaan Malaysia perlu menangani dua perkara yang membimbangkan.

Pertama, kerajaan Malaysia perlu berbincang dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk melucutkan perintah larangan US Customs and Border Protection terhadap beberapa syarikat Malaysia yang dituduh mengamalkan buruh paksa.

“Yang kedua, berkenaan dasar pelantikan agen pengambilan pekerja asing yang mengenakan caj melampau ke atas pekerja asing,” kata beliau.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

72  −    =  64