Malaysia mampu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa – Jamil Adam

 Malaysia mampu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa – Jamil Adam

Jamil Adam (dua dari kanan) meraikan kejayaan Bonnie Bunyau Gustin yang berjaya meraih emas acara angkat berat,

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Malaysia mampu melahirkan lebih banyak atlet bertaraf antarabangsa sekiranya sistem pencarian bakat di peringkat akar umbi dapat dipertingkatkan.

Jurulatih angkat berat para negara, Jamil Adam percaya masih ramai lagi atlet negara yang berbakat dan masih belum diketengahkan kerana kekurangan program pencarian bakat.

“Saya percaya ramai lagi atlet berbakat ada di negara kita, cumanya masih belum diketengahkan sahaja lagi.

“Apa yang penting saya tengok, kita kena perbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti di peringkat negeri untuk kita mencungkil bakat-bakat baharu yang boleh kita gilap ke satu tahap yang tertinggi.

“Apa yang penting, program di peringkat asas itu kita kena tingkatkan,” katanya dalam program Pentas Wacana yang disiarkan secara langsung di platform Facebook dan Youtube Wacana.my.

Mengulas lanjut, Jamil berkata keluarga juga memainkan peranan dalam memberi sokongan moral kepada atlet dalam usaha negara melahirkan lebih banyak atlet yang berpotensi meraih pingat di kejohanan besar.

“Apa yang saya lihat, keluarga juga memainkan peranan penting kerana mereka boleh beri sokongan moral yang dapat ‘boost’ keyakinan atlet untuk pergi lebih jauh.

“Jadi saya sarankan kepada ibu bapa yang ada anak istimewa ini, beri sokongan moral kepada anak-anak kerana melalui sukan mereka boleh belajar untuk lebih berdikari.

“Jangan risau kerana dalam sukan ini bukan sahaja kita membina dia sebagai atlet, tapi kita membina mereka untuk belajar lebih berdikari insya-Allah,” katanya.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

76  +    =  83