Malaysia kutuk keganasan di Palestin, gesa penyelesaian adil segera

 Malaysia kutuk keganasan di Palestin, gesa penyelesaian adil segera

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR, 15 Mei: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman yang kini dilakukan oleh kerajaan Israel keatas penduduk Palestin, serta menggesa masyarakat antarabangsa menggembleng tenaga bagi menghentikan keganasan regim Zionis itu.

“Kerajaan dan rakyat Malaysia mengikuti rapat perkembangan terkini yang sedang berlaku di Gaza, dan perbuatan keji dan terkutuk tentera Israel ke atas rakyat Palestin mesti dikecam sekeras-kerasnya oleh seluruh dunia,” kata Muhyiddin di dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

“Serangan Israel ke atas Palestin mencabuli undang-undang antarabangsa dan merupakan jenayah perang,” tambah beliau.

Tan Sri Muhyiddin turut berkata bahawa rakyat Malaysia kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa menghentikan keganasan rejim Israel yang telah berlaku sekian lama.

“Malaysia menggesa Majlis Keselamatan PBB bertindak segera bagi memaksa Israel menghentikan serangan yang mengorbankan orang awam termasuk kanak-kanak.”

Perdana Menteri juga berkata, Malaysia bersama Indonesia dan Brunei akan mengeluarkan kenyataan bersama bagi mengutuk serangan zalim rejim Israel ke atas Palestin.

Disamping itu, Muhyiddin menyeru rakyat Malaysia memberi sumbangan kepada rakyat Palestin menerusi tabung-tabung sah yang telah diwujudkan, seiring dengan usaha kerajaan bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

“Kerajaan Malaysia akan terus beri sumbangan secara dua hala kepada Palestin selain sumbangan kepada badan-badan antarabangsa untuk membantu keadaan di sana.

“Ini termasuklah bantuan perubatan, 1 juta pelitup muka, 500 ribu pelindung muka serta 500 ribu pasang sarung tangan, selain sumbangan US$120 ribu kepada agensi UNRWA (The United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees) bagi menampung kos operasi,” kata beliau.

Disamping itu, Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) akan mengadakan pertemuan tergempar terbuka secara maya bagi memcari jalan penyelesaian yang adil secepat mungkin.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  83  =  84