Malaysia derma vaksin AstraZeneca kepada Bangladesh, Laos

 Malaysia derma vaksin AstraZeneca kepada Bangladesh, Laos

KUALA LUM;PUR, 7 Dis — Kerajaan telah memutuskan untuk mendermakan 559,200 dos vaksin AstraZeneca kepada Bangladesh dan 283,400 dos ke Laos untuk memastikan negara-negara yang memerlukan mempunyai akses yang sama kepada bekalan vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sehingga hari ini, hanya 20 peratus penduduk Bangladesh dan 24 peratus penduduk Laos telah diberi vaksin sepenuhnya terhadap virus itu.

Menurut Khairy, kedua-dua negara itu akan menerima bekalan masing-masing pada 6 Dis dan 8 Dis.

Khairy juga memberi jaminan walaupun dengan sumbangan itu, negara masih mempunyai stok vaksin yang mencukupi untuk program vaksinasi dewasa dan remaja, serta dos penggalak untuk individu yang layak.

“Kementerian Kesihatan Malaysia berharap sumbangan ini dapat membantu usaha kedua-dua kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 dan meningkatkan kadar vaksinasi di negara masing-masing.

“Kerajaan Malaysia melalui KKM dan Wisma Putra (Kementerian Luar Negeri) akan terus mengenal pasti dan membantu negara-negara yang telah mencatatkan kadar vaksinasi yang rendah melalui pemberian vaksin Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *