Malaysia dalam fasa akhir gubal Dasar Industri Pertahan dan Keselamatan Negara (DIPKN) – PM

 Malaysia dalam fasa akhir gubal Dasar Industri Pertahan dan Keselamatan Negara (DIPKN) – PM

Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ke PT Pindad, pengeluar produk militari di Bandung disambut mesra oleh Menteri Pertahanan RI, Pak Prabowo Subianto. Foto – Fb Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Nov — Malaysia kini sudah berada dalam fasa akhir penggubalan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata Malaysia mengalu-alukan kerjasama dengan Komite Kebijakan Industri Pertahanan (KKIP) Indonesia.

Dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, Ismail menekankan industri pertahanan amat penting kepada kedua-dua negara.

“Saya menyambut baik komitmen Indonesia sekiranya mahu menjalinkan kerjasama dalam industri pertahanan,” katanya.

Beliau turut meminta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk melihat keperluan yang boleh dilakukan antara Kementerian Pertahanan dan Pindad.

Ismail berkata lawatan beliau ke PT Pindad, pengeluar produk militari di Bandung disambut mesra oleh Menteri Pertahanan RI, Pak Prabowo Subianto.

Turut hadir, Hishammudin dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

“Keakraban selama 64 tahun dalam sektor pertahanan kedua-dua negara ini membawa pelbagai manfaat yang kita laksanakan sebelum ini melalui General Border Committee (GBC), Trilateral Cooperative Arrangement (TCA), ASEAN Defence Minister Meeting (ADMM) dan pelbagai lagi bentuk kerjasama,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *