Malaysia catat 22,070 kes COVID-19 baharu

 Malaysia catat 22,070 kes COVID-19 baharu

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 22,070 kes baharu positif COVID-19 pada Jumaat.

Empat negeri yang merekodkan kes tertinggi adalah Selangor (5,920), Sabah (3,010), Sarawak (2,224) dan Kedah (2,072).

Pulau Pinang mencatatkan 1,829 kes diikuti Johor (1,809) dan Kelantan (1,051).

Lapan negeri lain pula melaporkan jangkitan tiga angka iaitu Perak (939), Pahang (610), Melaka (589), Negeri Sembilan (338), Perlis (76), Putrajaya (39), dan Labuan (lapan).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara ini adalah 1,662,913 kes.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  4  =  4