Malaysia bakal jadi hub utama aeroangkasa menjelang 2030 – Azmin

 Malaysia bakal jadi hub utama aeroangkasa menjelang 2030 – Azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Satu lagi syarikat antarabangsa, Turkish Aerospace Industries (TAI) telah membuka kemudahan kejuruteraan dan rekaan pertamanya di Asia Tenggara dengan sokongan DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (DefTech) di Malaysia.

Menurut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali langkah TAI ini juga bakal merealisasikan sasaran Malaysia menjadi hab utama industri aeroangkasa di Asia Tenggara dan juga global menjelang 2030.

Beliau berkata TAI sebagai sebuah syarikat antarabangsa telah memberi kepercayaan kepada Malaysia.

“Sudah pasti, kehadiran TAI di Malaysia akan menyertai pelbagai syarikat aeroangkasa global yang lain yang sudah mengukuhkan kehadiran mereka di sini. Pengembangan TAI ini juga adalah rentetan daripada pertemuan saya dengan Presiden Turki, TYT Recep Tayyip Erdogan ketika misi perdagangan dan pelaburan ke negara itu Julai lalu.

Azmin turut berkata, Kerajaan akan meneruskan usaha menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi seiring dengan rangka kerja Aspirasi Pelaburan Nasional.

Dalam pada itu, Malaysia juga dalam rangka memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Turki.

“FTA ini kelak akan meliputi perdagangan dalam perkhidmatan, pelaburan dan perdagangan elektronik. Kedua negara kini berada di landasan yang tepat bagi merancakkan lagi pelaburan dan perdagangan dua-dua buah negara,” ujarnya lagi.

Turki adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Asia Barat. Sehingga Jun 2021, sebanyak 13 projek pembuatan dengan pembabitan Turki bernilai RM510.4 juta telah diluluskan.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *