Malapetaka besar jika “kluster mahkamah” dan “kluster Mat Jenin” bergabung

 Malapetaka besar jika “kluster mahkamah” dan “kluster Mat Jenin” bergabung

Nor Hizwan Ahmad, Setiausaha Politik Kepada Menteri KPKT

Oleh Zuan Azmi

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Dalam sebuah forum yang melibatkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan sekutu kuat Presiden UMNO, Datuk Seri Kamal Amir yang berlangsung baru-baru ini , Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut menyebut bahawa terma kluster mahkamah adalah propaganda ciptaan J-KOM.

Perkara ini mendapat perhatian dari Nor Hizwan Ahmad, Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, katanya Fahmi kedengaran senada dengan rakan panelisnya sehingga keduanya kedengaran sangat membela UMNO walaupun daripada parti yang berlainan.”

Hizwan berkata, “umum mengetahui hasrat terpendam Presiden UMNO dan PKR untuk saling menggenggam tangan dan melangkah seiringan namun terbatas dengan tentangan-tentangan dalaman ahli dan anggota parti-parti tersebut serta mungkin dihalang oleh parti komponen masing-masing.

“Ketakutan pembangkang khususnya PKR terhadap J-KOM ini adalah seperti takut dengan bayang-bayang dan seolah-olah sedang berhalusinasi.

“Terma kluster mahkamah adalah merujuk kepada dua orang pimpinan tertinggi UMNO yang sedang berhadapan dengan 80 pertuduhan salah laku menurut peruntukan undang-undang. Biarlah mereka berhadapan dengan proses wajar dan tak perlu Pengarah Komunikasi PKR menjadi hero UMNO dan membela mereka pula demi merealisasikan hasrat Presiden PKR untuk kononnya menjadi Perdana Menteri hasil hubungan dengan UMNO,” katanya.

“Zaman politik persepsi, retorik dan nostalgia sudah tamat. 22 bulan peluang pemerintahan yang diberikan dahulu telah disia-siakan oleh Pakatan Harapan sendiri.

Hizwan berkata, “politik khidmat adalah masa depan Malaysia seperti yang sedang dilaksanakan oleh Perikatan Nasional dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri. Merangkul penyatuan umat Melayu  sambil memimpin dengan prihatin  kaum-kaum lain dengan saksama adalah caranya.”

“Fahmi Fadzil dan Presiden PKR kini semakin angkuh, takbur dan semakin mirip kepada perangai UMNO. Seolah-olah hanya mereka sahaja yang layak, cerdik dan betul. Manakala yang lain salah belaka. Malapetaka besar sekiranya kluster mahkamah dan kluster Mat Jenin ini diberi peluang memerintah negara.”tegasnya lagi.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

40  −  35  =