Maklumat tak lengkap punca suntikan dos penggalak kurang sambutan

 Maklumat tak lengkap punca suntikan dos penggalak kurang sambutan

KUALA LUMPUR, 18 Nov — Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan sebuah badan pemikir telah mengatakan kerana kekurangan maklumat yang lengkap telah menyebabkan rakyat tidak yakin dan teragak-agak untuk mengambil suntikan penggalak COVID-19.

Presiden MMA Dr Koh Kar Chai berkata data mengenai penggunaan vaksin heterologi tidak mencukupi untuk meyakinkan sesetengah orang dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib berkata satu-satunya cara untuk menggalakkan penerimaan adalah dengan meningkatkan komunikasi rasmi mengenai perkara itu.

Bulan lalu, KKM memutuskan untuk memberikan suntikan penggalak kepada mereka yang telah divaksin sepenuhnya dengan Sinovac. Penerima akan diberi suntikan penggalak vaksin Pfizer.

Pensyarah Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat berkata, kekurangan promosi serta maklumat menyebabkan kebanyakan orang sambil lewa atau menganggap dos penggalak tidak begitu penting.

“Mungkin dos penggalak adalah pilihan dan ramai berpendapat ia tidak penting serta beranggapan kesan sampingannya lebih teruk,” katanya.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *