Maklumat kemiskinan perlu diperolehi mudah dan segera

 Maklumat kemiskinan perlu diperolehi mudah dan segera

RANTAU PANJANG : Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin mahu maklumat kemiskinan rakyat diperolehi lebih mudah dan segera agar bantuan boleh disalurkan.

Beliau turut berharap agensi berkaitan dapat mengemaskini dan memiliki sistem lebih teratur berkaitan data kemiskinan dan pendapatan isi rumah supaya bantuan dapat disalurkan dan sampai kepada golongan sasar dengan lebih berkesan.

Calon BN DUN Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin bersarapan bersama penduduk di Rantau Panjang di sini hari ini.

“Saya menerima rungutan daripada sesetengah penerima di mana permohonan sukar mendapat kelulusan dan penerima bantuan ditamatkan tanpa alasan kukuh.

“Hal ini menimbulkan ketidakselesaan dan masalah kepada penerima bantuan yang mengharapkan bantuan untuk meneruskan kelangsungan kehidupan.

“Saya akan cuba untuk membantu pihak agensi kerajaan berkaitan dalam penyediaan data dan maklumat kemiskinan rakyat di kawasan saya bersama pemimpin masyarakat setempat supaya tiada rakyat miskin yang layak mendapat bantuan tertinggal dari senarai tersebut,” katanya katanya ketika menghadiri sarapan pagi bersama rakyat di sini hari ini.

Dalam dunia serba moden pada hari ni beliau juga menyarankan agensi berkaitan menggunakan sistem berkomputer dalam penyediaan maklumat pendapatan dan kemiskinan rakyat yang bukan hanya boleh dipantau oleh agensi tetapi oleh wakil rakyat dan pemimpin setempat.

Beliau turut akui menghadapi masalah kekangan sama sebagaimana didedahkan calon BN DUN Ayer Limau semalam.

“Malah, penyenaraian maklumat kemiskinan dan isi pendapatan rumah juga sukar diperolehi. Berbagai alasan diberikan.

“Tanpa ada senarai ini bagaimana usaha memantau, membantu dan menyalurkan berbagai bantuan kepada mereka?, “

Menerusi tambahan manifestonya, anak mantan Ketua Menteri Melaka ke tujuh, Datuk Seri Mohd Zain Abdul Gani itu mencadangkan kepada semua calon atau wakil rakyat Barisan Nasional supaya menyediakan, merekodkan sendiri golongan B40 miskin papa kedana ke dalam pengkalan data bagi kawasan masing-masing.

“Ini memudahkan memantau dan membantu golongan ini yang amat terkesan oleh pandemik.

“Oleh kerana wakil rakyat bertanggungjawab terhadap rakyat yang diwakilinya seeloknyalah bantuan kepada mereka disalurkan melalui wakil rakyatnya. Bukannya melalui pihak lain yang telah menimbulkan banyak kontroversi.

“Dengan cara ini semua pihak boleh memantau dan menjamin ketelusan, tiada ketirisan, tiada kebocoran, tiada yang tidak sampai ke penerima dan sentiasa boleh di audit pada bila-bila masa disamping memudah dan mempercepatkan proses.

“Secara automatik ini juga dapat membersihkan persepsi negatif terhadap wakil rakyat. Bukan saya tak mahu membantu tetapi tidak ada senarai yang perlu dibantu.

“Apabila rakyat tidak menerima bantuan wakil rakyat pula yang dimarah dan disalahkan sedangkan tidak mendapat kerjasama pihak berkenaan.

Menutup perbualan, Zulkiflee berkata beliau sedang mencari, merangka dan merancang sistem berkomputer online yang boleh digunakan khusus bagi tujuan itu.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  14  =  16