Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Majlis Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis ke-78 dibatalkan

KANGAR, 9 April — Majlis Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-78 yang akan diadakan pada 17 Julai ini dibatalkan.
Kerajaan negeri menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu diperkenan oleh baginda setelah mengambil kira situasi semasa COVID-19.
“Baginda mengambil maklum bahawa situasi semasa pandemik COVID-19 masih berbahaya untuk mengadakan program perayaan seperti Ulang Tahun Keputeraan baginda,” menurut kenyataan itu.
Tuanku Syed Sirajuddin membuat keputusan sama tahun lepas apabila negara mula dilanda gelombang pertama pandemik COVID-19 pada awal 2020.