MAIPs arah masjid terus baca Qunut Nazilah selama tujuh hari

 MAIPs arah masjid terus baca Qunut Nazilah selama tujuh hari

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

KANGAR, 14 Mei — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua masjid di negeri ini membaca┬á Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selama tujuh hari berturut-turut, bermula solat Jumaat hari ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah arahan tersebut mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa pencerobohan dan serangan  tentera Israel  ke atas rakyat Palestin beribadah di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei lalu.

ÔÇťSemua masjid di ┬áPerlis diminta agar meneruskan bacaan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat lima waktu selama tujuh┬áhari┬ábermula daripada┬ásolat Jumaat hari ini sehingga┬ásolat Jumaat pada 21 Mei,ÔÇŁ titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIPs hari ini.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah pencerobohan dan serangan tentera Zionis ke atas masjid yang ketiga paling suci dalam Islam, ketika umat Islam sedang beriktikaf dan bertarawih bagi menghidupkan sepuluh malam  hari terakhir dalam bulan Ramadan itu merupakan tindakan kejam lagi tidak berperikemanusiaan.

ÔÇťBeta ┬ámenyeru kepada seluruh rakyat Perlis tercinta agar turut mendoakan ┬ákesejahteraan dan keselamatan buat saudara kita di Palestin,ÔÇŁ katanya.

MAIPS sebelum ini mengarahkan semua masjid di negeri ini membaca  Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selama dua hari pada 11 dan 12 Mei.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  1  =  9