Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
MAINJ hulur bantuan RM500,000 kepada mangsa banjir

Oleh Nurman Nasyriq
JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyalurkan bantuan sebanyak RM500,000 kepada mangsa banjir di tiga buah negeri yang terlibat dalam bencana alam itu.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, sumbangan tersebut berupa kotak makanan dan wang tunai bagi meringankan bebanan mangsa banjir.
“Ekoran banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini, MAINJ telah bertindak menyalurkan sumbangan kepada beberapa negeri yang terjejas, iaitu Selangor, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Sumbangan berkenaan melibatkan 2,000 kotak makanan bagi mangsa banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2,000 kotak makanan di Selangor dan sumbangan wang tunai sebanyak RM100,000 ke negeri Pahang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tosrin berharap sumbangan tersebut akan dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir di negeri berkenaan.