MAIDAM serah pelitup muka pelajar SMKTA

 MAIDAM serah pelitup muka pelajar SMKTA

MAIDAM serah pelitup muka pelajar SMKTA

Oleh Mohammad Ishak

HULU TERENGGANU, 24 Feb — Seramai 95 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Menengah Tengku Ampuan Intan (SMKTAI), Kuala Berang, menerima sumbangan pelitup muka bagi menjaga keselamatan diri ketika menghadapi pandemic COVID-19.

Pengagihan sumbangan pelitup muka itu dilakukan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), bagi membantu meringankan beban pelajar terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, M Rozi Bidin berkata, pelitup muka amat diperlukan pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan di sekolah terbabit.

Katanya, MAIDAM memperuntukkan RM3,000 untuk pembelian 2,000 pelitup muka selain barangan makanan kepada pelajar sekolah berkenaan.

“Bantuan yang diberikan bukan dari sumber zakat tetapi menerusi sumber kewangan MAIDAM yang lain. Bantuan yang diberikan berdasarkan permohonan yang diterima dan peruntukan yang ada,” katanya ketika sesi penyerahan sumbangan berkenaan semalam.

Sumbangan diserahkan kepada Pengetua sekolah itu, Sohaimi Zakaria. Turut hadir, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Zahari Sulong, yang turut menyerahkan sumbangan botol cecair sanitasi tangan untuk kegunaan pelajar.

M Rozi berharap, bantuan itu dapat membantu pelajar-pelajar terus fokus dalam peperiksaan yang dilalui  tanpa perlu memikirkan hal-hal lain.

Sementara itu, Sohaimi berkata, sumbangan MAIDAM dan PIBG amat membantu pelajar yang menghadapi peperiksaan ketika ini, terutama mereka yang tinggal di asrama.

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  1  =  5