Mahkamah batal hukuman penjara Daniel Iskandar, ganti denda khidmat masyarakat

 Mahkamah batal hukuman penjara Daniel Iskandar, ganti denda khidmat masyarakat

Oleh FHATIHAH ZAKINAN

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini mengenepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap seorang remaja lelaki yang cuba mencuri tabung masjid di Rawang, baru-baru ini.

Hakim Abd Halim Aman berkata, hukuman ke atas Daniel Iskandar, 19, bagaimanapun perlu digantikan dengan khidmat masyarakat bawah program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di masjid 120 jam selama enam bulan.

Daniel Iskandar ketika melalui saat penyeksaan oleh pihak Masjid Al-Islahiah, Rawang

Media sebelum ini, melaporkan seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti ‘jenazah’ akibat cuba mencuri tabung masjid, dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang, di sini.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Daniel, selepas dia mengaku bersalah cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah di masjid berkenaan di Kuang, Rawang dekat sini pada 11.58 malam, 8 Januari lalu.

Bagaimanapun, imam terkait dengan kontroversi di Masjid Al Islahiah Kuang, di Rawang, Selangor, itu sudah meletakkan jawatan, berkuat-kuasa Jumaat lalu.

Ia berikutan, remaja berkenaan diseksa ala kumpulan militan iaitu cara “Water boarding” oleh pihak masjid berkenaan.

Perbuatan pihak masjid itu dipercayai dia dipukul, diserkup muka, disembur air ala “Water boarding”, dirakam, ditular dan diaibkan di khalayak sehingga media mendedahkan keadaannya dimandikan seperti jenazah, selepas dikatakan cuba mencuri tabung masjid berkenaaan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

25  −  21  =