Mahkamah arah Awie bayar RM80,000 kepada bekas isteri

 Mahkamah arah Awie bayar RM80,000 kepada bekas isteri

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan pelakon dan penyanyi Datuk Ahmad Azhar Osman, atau lebih dikenali sebagai Awie, membayar ganti rugi keseluruhan RM80,000 kepada bekas isterinya, Rozana Misbun.

Menurut kenyataan dari Utusan, Awie yang berusia 53 tahun itu telah diperintah membayar ganti rugi am sebanyak RM30,000 atas kecederaan yang dideritai oleh Rozana, 43, dan ganti rugi teruk RM50,000 kerana tekanan dan malu yang ditanggungnya.

Sebelum ini, Rozana selaku plaintif, memfailkan saman menuntut ganti rugi untuk kecederaan dialaminya termasuk keretakan dua tulang rusuk, lebam di muka dan beberapa bahagian lain.

Pada Mei 2016, Awie didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan terhadap Rozana di kaunter PNB Jalan Tun Razak.

Pada 4 Julai 2014, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana di rumah mereka di Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini.

Bagaimanapun, pada 7 Mac 2016, Awie dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan itu selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan dengan cara Awie membayar kompaun RM10,000 dan memohon maaf di mahkamah terbuka.

Awie dan Rozana berkahwin pada 20 Jun 2005 dan dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha.

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

18  +    =  22