Mahdzir mahu tingkat capaian internet, elektrik di luar bandar

 Mahdzir mahu tingkat capaian internet, elektrik di luar bandar

PUTRAJAYA 1 September 2021. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kiri) menerima Nota Serah Tugas dari mantan menteri, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Kementerian itu hari ini. Hadir sama ialah Ketua Setiausaha, Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus. WMY/SUPIAN AHMAD

PUTRAJAYA, 1 Sept —  Kementerian Pembangunan Luar Bandar mahu wujudkan kolaborasi dengan Tenaga Nasional Berhad dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk tingkatkan capaian internet dan perkhidmatan elektrik di kawasan luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya akan adakan perjumpaan dengan kementerian komunikasi dan TNB untuk membincangkan kaedah dan merancang untuk menjayakan perancangan tersebut.

“Kita akan kongsi data dengan pihak berkepentingan untuk menjayakan perancangan ini,” katanya kepada media hari ini.

Beliau menerima nota serah tugas daripada bekas menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Dalam majlis tersebut, Mahdzir menyatakan komitmen beliau untuk merealisasikan Pelan Pemulihan Negara bagi memastikan sektor ekonomi di luar bandar dapat dibuka sepenuhnya.

“Program vaksinasi luar bandar juga akan terus ditingkatkan bagi mencapau komuniti kelompok menjelang Okt 2021,” katanya.

Ia bagi memastikan Keluarga Malaysia di luar bandar dapat kembali menjana pendapatan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada yang terjejas.

Tambah beliau, selaras dengan komitmen tersebut, kesemua program pembangunan melibatkan peruntukan sebanyak RM5.78b pada tahun ini akan diberi perhatian.

Inisiatif KPLB sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melibatkan lebih 833,197 penerima termasuk masyarakat Orang Asli.

Menurut Mahdzir lagi, antara program yang akan di erikan tumpuan khusus adalah memperkukuhkan peranan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selaras dengan agenda pemerkasaan TVET negara.

“Ini termasuk termasuk menambah baik pendidikan awal kanak-kanak ke arah pendidikan berpaksikan teknologi,” katanya.

Selain itu, inisiatif  mempergiat pemajuan tanah dan wilayah serta mempercepatkan pelan transformasi jabatan dan agensi di bawah KPLB turut menjadi keutamaan beliau.

Kejayaan Felcra Berhad meraih keuntungan interim 1/2021 menjadi pemangkin kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar yang baharu itu untuk meneruskan momentum kementerian sebelum ini.

Sementara itu, Felcra Bhd dilaporkan mencatat keuntungan interim berjumlah RM135.15 juta bagi tempoh kewangan 1 Januari 2021 hingga 30 April 2021 bersamaan 146 peratus atau RM80.22 juta lebih tinggi berbanding interim sama tahun lalu.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17  −  13  =