MAFI sedia RM13 juta laksanakan PSN Terengganu

 MAFI sedia RM13 juta laksanakan PSN Terengganu

Ahmad (dua dari kiri) menunjukkan ikan segar ketika melawat kompleks di LKIM Cendering

Oleh Mohammad Ishak
KUALA TERENGGANU, 8 Mac: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukan  RM13 juta menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk melaksanakan projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) negeri ini, tahun ini.
Peruntukan berkenaan untuk pembinaan penempatan nelayan di tiga daerah negeri ini iaitu Kemaman, Setiu dan Besut.
Ahmad (tengah) pada acara simbolik bagi program penyerahan bantuan pasca banjir kepada nelayan Terengganu

Timbalan Menteri I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, setiap kawasan berkenaan masing-masing melibatkan pembinaan 50 rumah, katanya pada sidang media selepas Program Misi Bantuan Pasca Banjir MAFI Prihatin 2021 di Pelabuhan Perikanan LKIM Chendering, semalam.

Terdahulu, beliau berkata, agenda MAFI Prihatin yang dilancarkan di Wisma Tani, Putrajaya pada 21 Januari lalu melibatkan penghantaran bantuan keperluan makanan, barangan peralatan elektrik dan kelengkapan asas ke negeri yang terjejas banjir iaitu Pahang, Kelantan, Sabah, Johor dan Terengganu.
Seramai 500 penerima dalam kalangan peladang, penternak dan nelayan di pelbagai kawasan dikenal pasti untuk menerima bantuan MAFI Prihatin iaitu dari Kemaman, Kijal, Kemasik, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.
Katanya,Terengganu adalah negeri kelima Misi MAFI Prihatin Banjir 2021 dengan menyasarkan nelayan, petani dan penternak yang terjejas akibat banjir. Antara bantuan yang akan disampaikan ialah keperluan makanan, barangan peralatan elektrik dan kelengkapan asas.

Sotong hasil sumber laut yang banyak terdapat di perairan Terengganu
Ahmad berkata, program itu adalah tanggungjawab sosial dan keprihatinan MAFI dan LKIM kepada golongan sasar turut menghulurkan sumbangan keperluan makanan seperti ikan segar beku kepada penerima yang diagihkan oleh LKIM.
Sementara itu, Ahmad berkata, sehingga kini sebanyak 135 pasar nelayan dibuka di seluruh negara dan sembilan daripada jumlah tersebut beroperasi negeri ini.
“Daripada jumlah pasar nelayan yang beroperasi ini melibatkan seramai 550 peserta keseluruhannya telah berjaya merekodkan jumlah jualan sebanyak RM45 juta sehingga November tahun lalu.
“Dengan pencapaian memberangsangkan ini, kami mensasarkan jualan pada tahun ini sehingga RM55 juta,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  56  =  58