Macau Scam: Jurubahasa wanita putih mata, rugi RM10,000

 Macau Scam: Jurubahasa wanita putih mata, rugi RM10,000

Gambar hiasan

KUANTAN, 26 Jul – Helah sindiket Macau Scam menyamar sebagai pegawai bank untuk menyemak akaun milik seorang jurubahasa wanita menyebabkan wanita itu berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM10,000 lesap sekelip mata.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 42 tahun mengetahui simpanannya telah dipindahkan ke akaun lain setelah membuat semakan.

Menurutnya, berdasarkan laporan, kejadian bermula pada 13 Julai lalu apabila mangsa menerima panggilan telefon yang mendakwa pegawai dari sebuah bank.

“Suspek memaklumkan bahawa kad kredit milik mangsa telah digunakan untuk pembelian di Shopee tetapi perkara telah dinafikan.

“Panggilan itu kemudian telah disambungkan kepada seorang pegawai kononnya dari Bank Negara Malaysia┬ádan meminta butiran peribadi milik mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian memberikan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) perbankan kepada suspek.

Katanya, selepas memberikan nombor TAC itu, mangsa mendapati wang sebanyak RM10,000 telah lesap.

“Mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Bentong selepas merasakan dirinya┬á ditipu. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +    =  4