‘Macau Scam’: Ahli perniagaan kerugian RM310,000

 ‘Macau Scam’: Ahli perniagaan kerugian RM310,000

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Seorang ahli perniagaan berusia 55 tahun mengalami kerugian RM310,000 setelah ditipu ‘Macau Scam’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, ACP Mohd Mahidisham Ishak dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menerima satu laporan Polis daripada mangsa pada Ahad lalu.

“Mangsa mendakwa telah dihubungi oleh seorang pegawai bank yang mendakwa kad
kredit milik mangsa telah digunakan dalam jumlah yang besar.

“Mangsa telah diminta untuk menghubungi ‘Bank Negara Malaysia’ melalui
nombor telefon yang telah diberikan,” katanya.

Menurut Mohd Mahidisham, dalam perbualan tersebut, mangsa telah diminta untuk mendedahkan maklumat perbankan peribadinya.

Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila menerima mesej memaklumkan beberapa transaksi dari akaun mangsa ke akaun yang tidak dikenalpasti.

Tambah Mohd Mahidisham, Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).

Bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan ‘Macau Scam’, pihak Polis sekali lagi menasihatkan orang ramai mendapatkan butir-butir terperinci pihak berkuasa yang menghubungi mereka
tentang sebarang siasatan seperti nama, pangkat pemanggil, serta tempat
bertugas.

“Selain itu, jika menerima panggilan yang mencurigakan, orang ramai harus membuat panggilan semula kepada agensi berkenaan melalui talian
rasmi.

“Jangan mendedahkan maklumat akaun dan OTP/TAC kepada pihak ketiga melalui panggilan telefon,” katanya.

Mohd Mahidisham turut mengingkatkan orang ramai agar merlaporkan sebarang aktiviti jenayah atau pun aktiviti yang mencurigakan kepada pihak Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 0585, CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559/ 1599 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

12  −  9  =