LZS bantu keluarga ’28 anak’ sejak 2010

 LZS bantu keluarga ’28 anak’ sejak 2010

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (tiga, kiri belakang) dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Saipolyazan M Yusop (dua, kiri belakang) bergambar bersama penerima zakat pada Majlis Iftar dan Penyerahan Zakat Perniagaan di Shah Alam semalam

SHAH ALAM, 5 Mei — Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan zakat sejak 2010 kepada keluarga besar yang tular di media sosial semalam ekoran hidup dalam keadaan tidak kondusif dan mempunyai 28 orang anak.

Ketua Pegawai Eksekutif Saipolyazan M. Yusop berkata keluarga yang tinggal di Klang itu telah menerima pelbagai jenis bantuan antaranya bantuan sewa rumah, persekolahan, kecemasan dan modal bagi membaiki keadaan keluarga itu.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan sesi kaunseling kepada keluarga tersebut khususnya ketua keluarga manakala anaknya yang tidak bersekolah akan menghadiri kursus kemahiran sebagai usaha merubah mereka.

“Mereka juga akan diberikan motivasi termasuk perlu menandatangani akur janji untuk berubah. Manakala, anak-anak yang tercicir di sekolah menengah dibantu dengan mencari kursus vokasional dan latihan teknikal dalam membantu meningkatkan potensi mereka,” katanya selepas Majlis Iftar dan Penyerahan Zakat Perniagaan oleh 24 syarikat, hari ini.

Terdahulu, sebuah keluarga besar mempunyai 28 orang anak hasil perkahwinan bapa mereka bersama empat orang isteri yang hidup dalam keadaan tidak kondusif tular di media sosial  dan mewujudkan  pelbagai persepsi dalam kalangan netizen semalam.

Terdahulu, LZS hari ini menerima RM 7.7 juta zakat perniagaan daripada 24 buah syarikat.

Saipolyazan berkata pihaknya turut menyasarkan RM150 juta kutipan zakat merangkumi zakat harta dan fitrah sepanjang Ramadan tahun ini.

Selain itu, LZS turut melancarkan aplikasi ‘Zakat Selangor’ iaitu aplikasi pembayaran zakat mudah alih untuk memudahkan umat Islam di Selangor menunaikan ibadah tersebut yang kini boleh dimuat turun di Playstore dan App Store.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  6