Luar negara bayar mahal, atlet kita RM800 sahaja?

 Luar negara bayar mahal, atlet kita RM800 sahaja?

PETALING JAYA: Jika atlet luar negara meraih pendapatan tinggi sebagaimana bintang UFC, Conor McGregor yang direkodkan menerima RM742.6 juta kerana sumbangannya dalam sukan.

Bagaimanapun, atlet lari berpagar Malaysia yang pernah menyumbangkan pingat buat negara kini jatuh miskin ekoran elaunnya dikurangkan 60 peratus.

Jika sebelum ini, Majlis Sukan Negara membayar Rayzam Shah Wan Sofian sebanyak M2,000 sebulan tetapi kini hanya RM800 sahaja.

Atlet berusia 34 tahun itu sebelum ini pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 2007 dan 2017 melalui acara 110 meter lari berpagar.

Mengikut rekodnya terdahulu, dia pernah menyumbang pingat perak untuk Malaysia pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

Atlet lari berpagar Rayzam Shah Wan Sofian

Rayzam meluahkan rasa terkilan dengan pemotongan tersebut dan dengan kadar sebegitu sudah pasti atlet sepertinya akan berdepan cabaran untuk memenuhi keperluan hidup seharian.

“Kalau RM1,500 tak apa lagi, tapi kalau sudah jatuh sehingga RM800, saya pun terfikir-fikir mungkin lebih baik kerja lain sahaja yang berikan gaji lumayan… lebih baik kerja McDonald,” katanya seperti dipetik media tempatan di sini hari ini.

Beliau turut berharap MSN ada budi bicara untuk mempertimbangkan poto¬ngan elaun ini kerana ramai atlet yang berjaya mengekalkan prestasi meskipun tanpa pingat emas.

Beliau yang sudah berkeluarga menetap di Sabah, dengan pendapatan RM800 beliau tidak mampu menjelaskan tanggungan rumah, bil elektrik dan anak.

“Bagi saya, MSN perlu lebih telus dan ada budi bicara menilai prestasi atlet, tidak wajar pencapaian hanya dinilai berdasarkan pingat, bukanprestasi tahunan atau bahkan ranking di Asia,” katanya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *