Losyen mustajab mampu membuat sengkenit luruh

 Losyen mustajab mampu membuat sengkenit luruh

Kuala Lumpur – Baru-baru ini tular mengenai digigit sengkenit. Sengkenit atau sering dikenali sebagai kutu babi adalah binatang yang bahaya jika digigit.

Adik Aqil digigit sengkenit di mata

Antara simptom yang dikhuatiri adalah demam panas. Pelbagai petua yang diberi oleh warganet kepada mangsa-mangsa yang digigt.

Semalam terdapat satu video tular dimana seorang kanak-kanak bernama Aqil digigit sengkenit di kelopak mata. Video berdurasi beberapa saat itu menampakkan Ibu mangsa menarik sengkenit sehingga mata anaknya berdarah. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dia hanyalah menahan sengkenit supaya tidak termasuk kedalam mata anaknya.

Menurut ibu mangsa, dia mencuba dua petua. Petua pertama adalah menyapu mata dengan air tambakau. Walaubagaimanapun, percubaan itu gagal dan akhirnya dia mencuba petua kedua iaitu menyapu tempat gigitan dengan losyen mustajab.

Petua yang kedua berjaya membuat Sengkenit jatuh dari mata Aqil. Petua ini berhasil dan boleh dicuba sekiranya anda mempunyai situasi yang sama. Namun, cara terbaik semestinya untuk terus ke klinik bagi mengelakan jagkitan kuman atau tersalah cabut sengkenit.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

79  +    =  81