Lori dan kereta dipercayai tertimbus di kawasan tanah runtuh Cameron Highlands

 Lori dan kereta dipercayai tertimbus di kawasan tanah runtuh Cameron Highlands

[I[POH: Kejadian tanah runtuh telah berlaku di kawasan Seksyen 27 hingga Seksyen 30, selepas Pos Raya di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Difahamakan, kejadian tanah runtuh tersebut telah mengakibatkan sebuah lori dan kereta dipercayai tertimbus tanah runtuh di laluan ke Cameron Highland.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 1.44 tengah hari tadi.

Beliau berkata, difahamkan terdapat sebuah lori dan sebuah kereta tertimbus dan sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikerahkan bagi kerja-kerja menyelamat.

Meskipun begitu, menurut sumber individu di lokasi kejadian berkenaan, jumlah mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini dan kejadian itu juga menyebabkan laluan utama ke Cameron Highlands di kedua-dua arah ditutup kepada semua kenderaan.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

51  −  50  =