Padah lontar mercun ke arah polis, dua suspek didakwa esok

 Padah lontar mercun ke arah polis, dua suspek didakwa esok

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Dua suspek yang dipercayai melontar mercun ke arah polis akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, esok.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkataĀ kedua-dua suspek akan dituduh pada 9 pagi.

Beliau berkata seorang suspek akan dituduh di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan manakala seorang lagi akan dituduh di bawah Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pada 13 Mei dan 15 Mei lepas, polis menahanĀ lapan individu bagiĀ membantu siasatan kes membakar mercun yang dilarang dan melontarnya ke arah anggota polisĀ yang sedangĀ membuat rondaan di kawasan Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul, di sini.

Daripada lapan individuĀ yang ditahanĀ itu dua daripada mereka mengaku melakukan perbuatanĀ melontar mercunĀ ke arah polis.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

7  +  3  =