Long Tiger diberkas?

 Long Tiger diberkas?

JOHOR BAHRU, – Penjenayah dalam buruan berketurunan Rohingya yang dikehendaki polis kerana melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu dipercayai sudah ditangkap. 

Lelaki dikenali dengan panggilan Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, itu dipercayai ditahan dalam satu operasi khas.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka mengadakan sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor esok mengenai butiran lanjut penangkapan suspek.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi, 15 Disember lalu, Long Tiger berjaya meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan terhadapnya bermula.

Long Tiger yang diambil dari Penjara Sungai Udang, Melaka itu sepatutnya berdepan proses perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan pada hari kejadian.

Lelaki itu juga masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kini disiasat mengikut Seksyen 224 kanun sama kerana lari daripada tahanan.

Baru-baru ini, polis turut menahan sepasang suami isteri yang disyaki rakan subahat kepada Long Tiger.

Pasangan warga tempatan berusia 41 dan 43 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Gambir, kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Selain itu, dua daripada empat anggota polis yang ditahan sebelum ini kerana disyaki terlibat secara langsung dengan aspek kecuaian sehingga Long Tiger meloloskan diri, kini ditahan kerja sehingga habis proses rayuan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *