Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Lockdown: Yang perlu kita tahu

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR, 30 Mei – Berikut adalah beberapa intipati yang penting daripada pengumuman perincian Perintah Kawalan Pergerakan Penuh oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:
-
Hotel dan penginapan dibenarkan beroperasi hanya bagi tujuan kuarantin
-
Kompleks beli-belah ditutup kecuali premis pasar raya, pasar raya besar dan bahagian seksyen makanan dan minuman, serta keperluan asas
-
Hanya 12 sektor perkilangan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ‘total lockdown’ fasa pertama dengan kapasiti 60 peratus pekerja
-
Hanya dua orang termasuk pemandu dibenarkan dalam kenderaan persendirian bagi mendapatkan barang keperluan harian
-
Aktiviti riadah secara bersendirian dibenarkan hanya untuk jogging dan senaman tanpa sentuhan dengan had masa hingga 8 malam
-
Pergerakan untuk dapatkan khidmat kesihatan, perubatan dan barang keperluan harian dibenarkan dalam radius 10 KM atau terhampir dari kediaman
-
Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan
-
Ahli Parlimen, ADUN dibenarkan bergerak ke kawasan masing-masing bagi bantu rakyat
-
Operasi taska, tabika, tadika swasta, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat hanya dibenarkan bagi frontliners dan kedua-dua ibu bapa bekerja
Sila klik pautan berikut untuk memuat turun maklumat lebih terperinci:
Aktiviti yang DIBENARKAN:
RINGKASAN SOP PKP MKN 30 MEI 2021 -DIBENARKAN V4
Aktiviti yang TIDAK DIBENARKAN:
RINGKASAN SOP PKP MKN 30 MEI 2021 -TIDAK DIBENARKAN V3