Liza Hanim ingin bantu individu yang tekesan untuk jana duit?

 Liza Hanim ingin bantu individu yang tekesan untuk jana duit?

PETALING JAYA: Penyanyi Haliza Hanim binti Abd Halim atau lebih dikenali sebagai Liza Hanim menakluki dunia perniagaan melalui Jenama yang diasaskan oleh beliau, HANIM, dengan menghasilkan wangian kedua yang diberi nama Holiday.

Bagi meraikan haruman HOLIDAY dan pelanggan pertama yang telah membeli set haruman HOLIDAY, HANIM menganjurkan Sepetang Bersama Liza Hanim yang berlangsung di Bateriku Podium di Bukit Jelutong.

Yang menariknya pada hari yang bersejarah ini, kami turut membawakan secara langsung (L) terus menerus di platform Facebook dan Instagram Hanim

Di samping Misi HANIM untuk memberi pilihan buat penggemar perfume, haruman yang niche dengan harga yang sangat berpatutan, HANIM juga merupakan sebuah platform untuk membantu masyarakat di luar sana untuk menjana pendapatan ekoran terjejas kerana pandemik Covid-19 ini.

HANIM membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu menyertai HANIM sebagai agent atau dropship #teamluarbiasahanim, amatlah dialu-alukan dengan mengisi borang secara online di www.hanim.com.my

Tidak ketinggalan juga, kepada anda yang mahu mendapatkan haruman eksklusif Holiday Scent ini, boleh terus ke laman web rasmi HANIM iaitu www.hanim.com.my atau hubungi s agent HANIM yang sah.

Setiap haruman ini didatangkan dengan dua botol eksklusif iaitu 35 ML yang berharga RM 80 manakala 20 ML yang berharga RM 50.

Selain itu, pelatun lagu Gelisah Mimpi ini berkata, perniagaan ini baru saja ditubuhkan pada tahun lalu, selain untuk membantu menjana pendapatannya, ia juga dapat membantu dengan memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai dikala pandemik ini.

“Saya buka peluang kepada semua yang mana ingin menjadi ejen stokis saya, dan ejen stokis saya, rata-ratanya memberitahu mereka antara individu yang terkesan sewaktu pkp tahun lalu, ada yang kena buang kerja dan ini adalah peluang untuk mereka bangkit semula,” ujar Liza sewaktu majlis pelancaran.

Liza bersama suaminya Shah Indigo

Turut sama hadir pada hari tersebut adalah suaminya Shah daripada kumpulan Indigo dan anak keduanya Marissa Qaireen yang turut sama membantu memeriahkan suasana majlis tersebut dengan membuat persembahan.

Dikhabarkan juga, anak keduanya itu, Marissa kini sedang mengikuti jejak langkah seperti kedua ibu bapanya untuk menjadi seorang penghibur dan kini sedang dalam program nyanyian realiti televisyen di Astro.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  3