Liverpool tewas kali keenam, Man City diaibkan MU

 Liverpool tewas kali keenam, Man City diaibkan MU
LIVERPOOL  tewas kali keenam berturut di laman sendiri apabila jaringan Mario Lemina memastikan Fulham mendapat tiga mata dengan kemenangan 1-0.
Kecederaan tujuh pemain tonggak terutama di posisi pertahanan tengah memberikan kesukaran kepada pengendali, Jurgen Klopp untuk mengekalkan momentum cemerlang pada awal musim.
Skuad kendalian Jurgen Kloop itu, kini merekodkan sembilan kekalahan dalam 28 perlawanan liga dan ketinggalan 22 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.
Liverpool kini berada di kedudukan ketujuh dengan 43 mata berbanding Fulham 26 mata dalam kelompok bawahan liga.
Sementara itu, Manchester United membuat  kejutan di stadium jiran Manchester City dengan penalti Bruno Fernandes dan rembatan Luke Shaw pada minit ke-2 dan ke-50 memberikan kemenangan 0-2.
Kemenangan United itu menamatkan rekod 21 kemenangan berturut-turut Manchester City di semua pertandingan sejak November 21 lalu.
Manchester United kini berada di tangga kedua liga dengan 54 mata, ketinggalan 11 mata di belakang City dengan 65 mata.
Kedua-dua perlawanan ini berlangsung malam tadi dan awal pagi ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8  +  1  =