Liverpool menang, Griezmann dibuang padang

 Liverpool menang, Griezmann dibuang padang

Pengadil mengarahkan Griezmann keluar padang. FOTO Youtube

KUALA LUMPUR, 20 Okt –  Liverpool mempamer semangat juang tinggi menewaskan Atletico Madrid 3-2 pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Madrid, awal pagi tadi.

Bos pasukan, Jurgen Klopp menyifatkan kemenangan itu sebagai ‘pertarungan sebenar’ Liverpool mengatasi kelab La Liga itu di Estadio Metropolitano.

The Reds mendahului dua gol dalam masa 13 minit menerusi jaringan Mohamed Salah dan rembatan voli Naby Keita.

Skuad Diego Simeone yang juga juara bertahan La Liga bangkit menyamakan kedudukan sebelum tamat babak ledua menerusi Antoine Griezmann yang kemudian menerima kad merah dan diarah keluar padang pada awal babak kedua kerana mengangkat but terlalu tinggi pada awal separuh masa kedua.

Salah kemudian menyudahkan sepakan penalti m-78 sebelum mengekalkan pendahuluan pasukan pelawat dan menang perlawanan.

Liverpool kini lima mata di depan dan menduduki tangga teratas kumpulan B.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *