Lisa Blackpink kongsi emoji hati bebas COVID-19

 Lisa Blackpink kongsi emoji hati bebas COVID-19


SEOUL : Anggota Blackpink,Lisa yang disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri di kediamannya kini bebas daripada virus berbahaya itu.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh YG Entertainment, Lisa telah pulih sepenuhnya dan kembali aktif bermula 4 Disember lalu.

“Kami ingin memaklumkan mengenai kesihatan Lisa Blackpink yang sudah bebas sepenuhnya dari COVID-19. Lisa menjalani kuarantin kendiri di kediamannya bagi mengekang penularan virus itu.

“Mengikut ujian dan tahap kesihatannya, Lisa tidak lagi dibimbangi boleh menyebarkan virus COVID 19,” tulis kenyataan tersebut seperti dipetik dari AllKPop.

Agensi yang mewakili kumpulan Blackpink itu turut menyarankan kepada penggiat seni untuk tidak memandang enteng protokol yang ditetapkan bagi memastikan tahap kesihatan terus terpelihara.

Lisa dilihat berkongsi empat keping fotonya yang memakai baju hitam seraya tersenyum.

Dia juga tidak menuliskan sebarang kenyataan kecuali meninggalkan emoji hati berwarna merah buat 68.5 juta pengikut laman sosialnya.

Kemas kini terbaharu Lisa itu telah menarik perhatian netizen dengan kebanyakannya ikut gembira mendengar khabar dirinya telah bebas COVID 19.

Terdahulu, tiga anggota Blackpink yang lainnya iaitu Jisoo, Rose dan Jennie juga dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti selepas mereka telah menerima vaksin lebih daripada satu minggu.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  7  =