Limpahan cahaya memukau pengunjung ke Putrajaya

 Limpahan cahaya memukau pengunjung ke Putrajaya

PUTRAJAYA: Menarik dan memukau apabila Tangga Putrajaya kini dilimpahi pemetaan cahaya lampu-lampu indah yang mengambil semangat Keluarga Malaysia.

Ia merupakan simbolik untuk meraikan Hari Wilayah Persekutuan 2022.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim melancarkan program Bulan Pencahayaan Putrajaya di Tangga Putrajaya bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari depan.

Program pemetaan cahaya itu memaparkan kejayaan Putrajaya dari awal perancangan, seni bina dan pengurusan alam sekitar dari awal tahun 1995 sehingga ke hari ini.

“Pencahayaan Putrajaya yang kita namakan pemetaan cahaya, bermula 26 sehingga 28 nanti, tangga ini jumlahnya sebanyak 250, selain itu kita rancang untuk ada satu lagi (Putrajaya) ‘step’, mungkin berjumlah 300 anak tangga. Kita akan buat yang kedua nanti

“Ini merupakan tempat riadah yang tertinggi di sini, selain itu, malam ini merupakan malam pencahayaan, bermula daripada tangga ini, dan sekitar kawasan Putrajaya akan diwarnai cahaya berwarna- warni yang memaparkan tentang budaya dan warna bendera Malaysia,” ujarnya ketika ditemu bual di Majlis Pelancaran program Bulan Pencahayaan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Orang ramai bakal menyaksikan limpahan cahaya lampu di Putrajaya bermula semalam sehingga 28 Februari depan.

Suasana bercahaya ini bakal menjadi tarikan baharu buat pengunjung yang akan hadir ke bandar ini. Sekali gus dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari nanti.

Menurut seorang pengunjung, Nia Zamri yang hadir ketika majlis pelancaran berkenaan, dia merasakan alternatif yang dilakukan Kementerian Wilayah Persekutuan ini amat bagus untuk menaikkan semangat cintakan tanah air.

Nia Zamri.

“Wah sangat teruja bila dapat melihat mercu tanda kebanggaan Putrajaya ini, sangat cantik lampu yang dihasilkan bersemperna sambutan Hari Wilayah akan datang ni, boleh beriadah bersama keluarga selepas ini.

“Saya melihat, Datuk Seri Shahidan Kassim membawa tanda aras baru kepada pembangunan Putrajaya ini yang dibawah KWP,” katanya.

Menurut salah seorang pelancong luar negara daripada Arab Saudi, Ahmad, dia sering berkunjung ke Malaysia kerana menggemari keindahan tempat reakreasi yang terdapat di sini, khususnya Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Ahmad berpendapat banyak transformasi telah dilaksanakan kerajaan bagi memajukan kawasan sekitar sini.

“Konsep yang dibuat ini sangat cantik, Putrajaya ni tempat yang sangat sesuai untuk beriadah seperti aktiviti berbasikal, jalan-jalan, saya amat menggemari konsep lampu yang dilakukan disini.

“Saya datang daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya khusus untuk melihat keindahan lampu yang dibuat ini, apa yang dilakukan oleh Menteri Wilayah ini sangat bagus, saya amat menyukainya,” ujarnya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  5  =  3