Lima perjuangan anak muda pastikan masa depan cerah, ekonomi stabil

 Lima perjuangan anak muda pastikan masa depan cerah, ekonomi stabil

Muhammad Affendi Mohd. Dilif

SAYA sedang memperjuangkan nasib saya dan anak muda yang lain untuk memastikan masa depan yang cerah dan ekonomi yang stabil. Perjuangan ini bukan untuk hari ini sahaja malah untuk hari-hari yang akan datang.

Memperjuangkan kursus dan latihan terperinci

Perjuangan ini adalah memastikan anak muda yang memceburi bidang keusahawanan akan terus mendapat inisiatif yang baik dari pihak kerajaan. Ianya termasuklah kedua belah pihak iaitu memastikan kerajaan sentiasa memberikankan inisiatif yang terbaik sepanjang masa kepada usahawan dan memastikan usahawan sentiasa peka dengan syarat yang akan dikenakan oleh institusi kewangan dan kerajaan.

Oleh itu, kursus dan latihan serta pembentukan komuniti sangat penting untuk memastikan usahawan akan terus memenuhi syarat yang diperlukan bagi memastikan dana yang disediakan oleh kerajaan dapat digunakan sepenuhnya oleh mereka yang layak.

Memperjuangkan peluang kedua kepada usahawan yang gagal

Saya memohon mana-mana kementerian dan agensi dapat menyokong usaha-usaha untuk membangunkan usahawan ini agar negara ini dapat melahirkan usahawan yang berpotensi dan berdaya saing.

Institusi kewangan kerajaan seperti PUNB, TEKUN, SME Bank dan lain-lain seharusnya mengambil langkah bagi mewujudkan peluang kedua kepada bekas banduan dan tidak mustahil sekiranya institusi kewangan ini juga dapat memberikan peluang kedua kepada usahawan yang telah gagal untuk bangkit kembali. Bagi mengawal kebangkitan ini terma dan syarat haruslah ditetapkan.

Realiti pembiayaan dan dana serta geran hari ini diberikan kepada usahawan dan syarikat yang telah mencecah pendapatan 6 hingga 7 angka sebulan.

Memperjuangkan untuk melahirkan 5 jutawan usahawan muda setiap tahun

Pegawai-pegawai dari institusi ini haruslah mempunyai KPI mereka tersendiri untuk turut sama membantu melahirkan usahawan yang berpotensi. Sebenarnya ramai sahaja usahawan bijak pandai diluar sana yang berdikari tanpa bantuan kewangan dan sekiranya disuntik modal sudah tentu perniagaannya berkembang dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.

Memperjuangkan sokongan kerajaan kepada produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh usahawan

Kerajaan seharusnya menyokong 100% produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh usahawan muda. Sokongan ini hendaklah melalui penguatkuasaan penggunaannya serta membantu menyediakan platform pemasaran yang sesuai untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka.

Realiti pembekalan hari ini hanya untuk syarikat-syarikat yang besar walaupun usahawan ini membawa produk yang sama. Mereka diabaikan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Memperjuangkan cop mohor usahawan

Bagi mengenal pasti golongan usahawan, beberapa kategori harus diwujudkan. Ini akan memudahkan pihak institusi kewangan untuk menyalurkan maklumat dan pihak kerajaan menyediakan bantuan serta inisiatif yang dapat membantu mereka. Cop mohor usahawan ini bakal memberikan kebaikan dari kedua belah pihak di mana proses permohonan dapat berjalan lancar.

Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada semua usahawan diseluruh Malaysia. Saya telah pun menggerakkan jentera untuk mengumpul semua usahawan di seluruh negeri untuk sama-sama memastikan masa depan dan generasi akan datang mendapat sebuah platform yang terbaik dari perjuangan usahawan perintis.

MUHAMMAD AFFENDI MOHD. DILIF adalah Ketua Armada BERSATU Bahagian Kota Raja

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *