Lima ditahan tangkap ikan di kawasan larangan

 Lima ditahan tangkap ikan di kawasan larangan

Sebuah kapal ditahan Jabatan Perikanan Negeri Johor dan Jabatan Laut kerana menangkap ikan di kawasan larangan pada kedudukan 9.8 batu nautika dari pantai Pulau Tioman, dekat Mersing semalam.

Oleh Nurman Nasyriq

MERSING, 14 April – Jabatan Perikanan Negeri Johor menahan sebuah kapal kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan pada kedudukan 9.8 batu nautika dari pantai Pulau Tioman, dekat sini semalam.

Pengarahnya, Noraishah Hashim berkata, kapal itu dikesan ketika pihaknya dan Jabatan Laut melakukan rondaan harian di kawasan perairan pantai timur Johor.

“Kapal itu dalam kategori vesel zon C yang tidak dibenarkan menangkap ikan kurang 12 batu nautika dari pantai. Pemeriksaan menemukan hasil tangkapan bernilai tinggi seperti sotong, ikan barat dan ikan tenggiri yang semuanya disita.

“Kami turut menahan lima kru terdiri daripada dua orang tempatan dan tiga warga negara Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kapal itu ditahan dan peralatan menangkap ikan dirampas dan kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

Jabatan Perikanan Negeri Johor turut mengingatkan nelayan supaya sentiasa mematuhi syarat lesen supaya tidak menjejaskan sumber perikanan negara yang perlu diurus secara lestari.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikompaun dan peralatan menangkap ikan dirampas.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

28  −  19  =