Lima anggota tentera AS cedera terkena tembakan

 Lima anggota tentera AS cedera terkena tembakan

Pangkalan tentera Ft Meade utara Washington

WASHINGTON, 24 Sept — Lima anggota tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan cedera setelah terkena tembakan di dalam pangkalan tentera Ft Meade utara Washington.

Ketua Rancangan dan Operasi kem itu, Andrew Arconti, bagaimanapun berkata kejadian tersebut adalah hanya latihan biasa yang dirancang bagi keadaan kecemasan.

Sebelum ini, pegawai lain mengatakan lima cedera ditembak dalam kejadian pada Khamis.

“Ada penembak pada 9.46 pagi. Lima orang tercedera,” kata Jeffrey McClendon, pengurus kecemasan.

Beliau berkata, penembak sudah ‘ditahan’ dan keadaan terkini lima yang cedera belum diketahui.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  4  =  6