Liew Daren kena lawan Zii Jia

 Liew Daren kena lawan Zii Jia

Liew Daren akan berdepan Lee Zii Jia. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren memulakan kempen Terbuka Denmark 2021 dengan langkah kanan susulan kemenangan menentang pemain tuan rumah, Hans-Kristian Solberg Vittinghus pada pusingan pertama.

Liew, yang berada di kedudukan ke-37 ranking dunia menghadapi pertarungan 47 minit yang dramatik menentang Hans-Kristian yang menyaksikan beliau mara ke pusingan seterusnya setelah menang 21-18, 23-21.

Bagaimanapun, perjalanan sukar menanti Liew kerana beliau akan berhadapan pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia hari ini.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *