Libya tangguh pilihan raya parlimen

 Libya tangguh pilihan raya parlimen

TRIPOLI, 6 Okt — Dewan Perwakilan (Parlimen) Libya pada Selasa memutuskan untuk menangguhkan pilihan raya parlimen (legislatif) sehingga Januari 2022 dan bukan pada 24 Disember 2021, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Pilihan raya itu akan diadakan 30 hari selepas pemilihan presiden dibuat,” kata jurucakap Parlimen Abdullah Blehig.

Beliau menegaskan mengenai kesungguhan Parlimen untuk memastikan presiden dipilih secara langsung oleh rakyat.

Pilihan raya itu adalah sebahagian daripada hala tuju yang diterima pakai Forum Dialog Politik Libya yang ditaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Terdahulu, pada Selasa, Majlis Tertinggi Libya menolak undang-undang pilihan raya parlimen yang diluluskan Dewan Perwakilan.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *