LHDN edar 200 bakul makanan untuk rakyat terkesan COVID-19

 LHDN edar 200 bakul makanan untuk rakyat terkesan COVID-19

LHDN kesal dengan dakwaan empat juta data pengguna bocor kerana boleh menghakis keyakinan orang ramai terhadap agensi itu

KUALA LUMPUR, 2 Sept –– Rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 di sekitar Cheras mendapat perhatian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dengan bantuan sebanyak 200 bakul makanan menerusi Program CSR Hasil Prihatin.

Bantuan bakul makanan tersebut telah disampaikan Pengarah Negeri LHDNM WP Putrajaya Mohamad Fauzi Saat, kepada wakil-wakil penduduk untuk diserahkan kepada para penerima yang telah dikenal pasti di sekitar kawasan Cheras, termasuk dari Program Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Flat Taman Kobena, Flat Taman Pertama dan Flat Sri Sabah.di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena.

Turut hadir Pengarah Cawangan LHDNM Cheras, Nasruddin Mat Nasir, wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin,
dan Pengerusi Masjid As-Sodiqin, Noor Zakri Nuruddin.

Program CSR Hasil Prihatin ini telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada 31 Julai 2021 yang lalu sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial LHDNM dalam menyantuni rakyat yang memerlukan bantuan khususnya golongan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Program ini juga merupakan usaha berterusan LHDNM dalam memberikan sokongan kepada golongan rentan agar mereka tidak rasa terpinggir.

Sehingga kini sebanyak 5,670 bakul makanan telah diagihkan dan usaha ini akan diteruskan oleh semua Cawangan LHDNM di seluruh negara sebagai komitmen LHDNM meringankan bebanan segenap lapisan rakyat.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

30  −  25  =