Lewat tiga minit jadi punca emas Ziyad dibatalkan

 Lewat tiga minit jadi punca emas Ziyad dibatalkan

Atlet Lontar Peluru Negara, Muhammad Ziyad Zolkefli

TOKYO, 2 Sept — Lewat tiga minit menjadi punca atlet lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkefli terlepas pingat emas dan rekod dunia di Paralimpik Tokyo.

Pelbagai versi punca kelewatan dilaporkan sebelum ini, antaranya lewat dua minit kerana menelefon ibu, kesesakan ke bilik menunggu dan hujan lebat, namun ia bukan alasan yang diberikan dalam rayuan.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Craig Spence, rayuan Ziyad dan dua atlet lagi – Jordi Patricio Congo Villalba (Ecuador) dan Todd Hodgetts (Australia) – ditolak kerana alasan diberikan terlalu lemah.

Alasan mereka ialah tidak mendengar pengumuman atau ia dalam bahasa yang mereka tidak faham.

Bagi Spence, keputusan dibuat IPC adalah wajar dan tidak terlalu keras.

“Tiga atlet itu tiba tiga minit lewat. Orang lain tiba lima minit lebih awal. Jadi ia bukan satu hukuman yang keras,” kata Spence.

Ziyad merangkul emas dengan selepas dua kali memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter, tetapi dibatalkan berikutan bantahan Ukraine kerana lewat masuk ke bilik menunggu.

Atlet Ukraine Maksym Koval diisytiharkan pemenang pingat emas.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

24  −    =  16