Lembu Emas 3D Pavilion Memukau

 Lembu Emas 3D Pavilion Memukau

Oleh Iqhram Ahmad

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Sambutan Tahun Baru Cina kali ini mungkin tidak semeriah dahulu disebabkan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerak (PKP) serta pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Namun, ia tidak menghalang pengurusan pusat beli-belah daripada membuat dekor yang cantik bagi mempromosi dan mencetuskan suasana kemeriahan perayaan tersebut.

Tinjauan Wacana.my di pusat sekitar ibu kota mendapati perhiasan bagi Tahun Lembu tidak kurang hebat dan menarik seperti sambutan tahun-tahun sebelumnya..

Di Pavilion KL, sebuah perhiasan lembu emas dinobatkan oleh Malaysia Book of Records sebagai “Lembu Emas Terbesar di Malaysia” dengan ketinggian berukuran 15 kaki dan selebar 16 kaki.

Semalam, pusat beli-belah terkenal itu telah memulakan pertunjukan video animasi Lembu Emas 3D pertama di Malaysia.

Video yang ditayangkan oleh skrin LED gergasi itu kini tular di laman media sosial (Video dari Twitter Aliff H. @AlepHazwan)

Pengunjung pusat beli-belah boleh melihat pemandangan yang terbaik di Crystal Fountain Pavilion KL hingga Mac.

Menurut masyarakat Cina, lembu adalah simbol kekuatan bagi melawan penyakit COVID-19 serta membawa kekayaan dan kesihatan kepada negara bagi 2021.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

89  +    =  96